♥ Budok Kacamata Punye Story Morry ♥
Caption

 Pengintip Usha Blog Ini
Navigation : touch hover image


Diaries About Friend Stuff

Selamat Datang Ke Blog Budak Ganu :D
Eisha Sha , 18 Tahun , Terengganu


Bigfoots!



Entries



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Kaq Yonk


Adab Belajar Ilmu Agama .


Salam satu Malaysia semua . Huhuk . Apa cerita hari nie ? Mesti korang tertanya- tanya , kenapalah ana buat title macam yang kat atas nie . Haaa . Ana nak share tentang cara-2 dan adab-2 ana belajar kat sekolah ana . Lain tau cara pembelajaran kalau nak dibandingkan dengan korang belajar . Tak apa , atas sekolah masing-2 . N cara belajar la pulak kan ? Hehehe . 


Cara pembelajaran ana , guna tabir di tengah-2 supaya ustaz tak nampak . Chop !! Ana cerita kat blog nie , bukan sebab ana nak kan dunia . Ana harap nanti ada lagi sekolah lain buat cara belajar macam ana . Huhu . Haaa . Ada orang tanya ana , " Dah kalau belajar tutup tabir, ustaz tak nampak la ? Ahahaha. :" Asal gelak pulak ? Belajar macam tu lah diredhai . Tak timbul fitnah antara pelajar dan ustaz kan ? Kalau kat kelas ana , ustaz-2 yang mengajar semua baik . Mujahadah , MasyaAllah , ana cukup kagum dengan ustaz ana sendiri . Diaorang nak sangat anak-2 didik diaorang berjaya dunia akhirat . Cikgu korang pun gitu kan ? Ok , selain daripada tu , pakai PURDAH time pergi sekolah . Haaa , ana sendiri pun tak dapat lagi nak istiqomah betul-2 dengan pemakaian hijab nie . Ada jugak makcik-2 tanya , setengah tengah budak tanya , " Pakai purdah tak panas ker ? Habis satu badan hitam , jubah hitam , dari atas sampai bawah kaler hitam . " Laaa ! Belum cuba belum tau . Tak panas pun , sebab dah biasa dah pakai cenggitu . Cuba pakai , mesti tak panas . 

Antara kelebihan-2 berpurdah :-

1. Muka bercahaya 
2. Diredhai Allah 
3. Akhirat nanti Allah sendiri datang kat kita tau !

Pastuh pulak kan, ada orang tanya , " Apalah hukum berpurdah nie ? Tak wajib pun pakai purdah . Zaman sekarang jarang je kalau ada yang pakai pun . " Silap besar la kalau ada yang fikir macam tu . Dalam surah Al Ahzab ayat 59 , Firman Allah S.W.T :- 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha 
.Mengasihani

Ok . Faham tak ayat nie ? Mesti faham kan ? Nie la dalil wajib berhijab . Fahami betul-2 makna ayat Quran nie ek .
Ana nak cerita bab lain , bab lain yang kuar . hahaha . Tak apa . Sekadar kongsi apa yang kita rasa kan .  Adab2 belajar agama pulak , ada banyak sangat . tapi ana sebut kan lah sikit kat sini ek . 

Adab Belajar :- 

1 . Jaga akhlak . Niat paling penting , tanpa niat , kita tak kan ada arah tuju . 

2. Hormat ustaz , nie tak , ustaz ustazah hatta cikgu sekalipun buat macam kawan je , cane la ilmu nak masuk ? Fikir-2kan la .

3. Hormat kitab yang dipelajari , barang-2 seperti alat tulis , beg dan lain-2 . Korang mesti terpikir kenapa nak hormat barang-2 kecil camtuh ? Yeahh , sebab keberkatan ilmu ada kat situ jugak :D 

4. Tawajjuh / Tumpu perhatian dalam kelas , Jangan tidur ! :p 

5. Selepas belajar, muraja'ah/ study balik apa yang kita belajar . 

Tu la serba sedikit yang ana leh share kat blog . Dah letih menaip n perah otak . Hahaha . Peringatan buat diri ana juga sebagai pelajar ilmu agama . Sayangilah ulamak ! InsyaAllah :) . WallahuA'lam .