♥ Budok Kacamata Punye Story Morry ♥
Caption

 Pengintip Usha Blog Ini
Navigation : touch hover image


Diaries About Friend Stuff

Selamat Datang Ke Blog Budak Ganu :D
Eisha Sha , 18 Tahun , Terengganu


Bigfoots!



Entries



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Kaq Yonk


Cinta Ilahi..

Assalamualaikum.. Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amat dekat, bertemu setiap saat.

Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH SWT,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Maksudnya : "Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." ( Surah Qaaf ayat 16 )

Justeru, muhasabahlah diri seandainya ketika di kelilingi tangisan orang lain usai solat, berzikir dan membaca al Quran, kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri,

"Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?"

Tatkala itu, menangislah kerana tidak mampu menangis kerana bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari merasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA.

Menangislah, kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita 'sakit'!

Adakalanya bila difikirkan pada suatu masa yang tiada asbab yang jelas untuk difikirkan. Kita tidak akan pernah mengerti mengapa kita boleh kenal seseorang yang asing, yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam hidup kita, tapi bisa menjadi seseorang yang dekat di jiwa.
Malah, pertemuan itu tidak pula dipinta.
Saya terfikir begini; apa pesanan dari ALLAh Ta’ala lewat orang asing yang menjadi sahabat, seterusnya yang menjadi sudah seperti sebahagian keluarga, sudah menjadi sebahagian hidup dan menjadi sahabat yang dekat dijiwa. Apa sebenarnya lembaran hikmah yang ALLAh Ta’ala mahu khabarkan?
Yang pasti, jika tidak dapat mencari jawapannya, maka syukuri sahaja!
Senyum Bahagia... 


Tq for reading.. see yah..!! J