
|
Caption ![]() Bigfoots! Entries Credits!
| Kelebihan Berpuasa.. Assalamualaikum..haha.. aku saje nk update blog..mungkin malam nih aku p terawih kt masjid..aku nak share ttg klbhn puase.. huhuk..blh kan?? bacelah kt bwh nih..:)
Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya: * Puasa mendekatkan diri dengan Allah: Allah berfirman : Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35] * Puasa mengawal syahawat: Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400] * Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka: Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153] Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970] * Puasa menjanjikan syurga: Dari Abi Umamah, beliau berkata: Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]
”Puasa dan Al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhanku! Aku melarangnya daripada makan dan memuaskan syahwat di kala siang hari. Oleh itu, berilah syafaat kepadaku untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Al-Quran pula berkata: “Aku melarang dirinya daripada tidur di kala malam hari. Oleh itu, aku memohon syafaat kepada-Mu untuk kemudian aku berikan kepadanya”. Maka kedua-duanya memperoleh syafaat dari Allah”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih dalam Musnad Ahmad.) Dari Abu Umamah, katanya yang bermaksud: ”Aku datang kepada Rasulullah S.A.W, lalu aku katakan: “Berilah kepadaku suatu amalan yang membolehkan diriku masuk ke dalam syurga. “Maka Nabi S.A.W bersabda: “Hendaklah kamu berpuasa, kerana ia merupakan amalan yang tidak dapat di tandingi oleh amalan yang lain”. Kemudian aku mendatangi Nabi S.A.W untuk kali kedua, maka sabdanya: “Hendaklah kamuberpuasa”.(Diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa`i dan Al-Hakim yang menyatakan kesahihannya)
Dari Abu Said Al-Khudri R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Tidaklah seseorang berpuasa satu hari di jalan Allah, melainkan dengan itu Allah akan menyelamatkan dirinya dari api neraka sejauh jarak tujuh puluh tahun (Sab`eina khorifan). (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam kitab: Berjihad dan peperangan. Bab : Keutamaan berpuasa dijalan Allah) Kelebihan puasa dan orang berpuasaRAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan. Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218). Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa. Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama. Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan. Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad. Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji. Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal. Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah. A. KELEBIHAN BERPUASA (ayat al quran dn al hadis...copy paste..:) Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya : 1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah : Allah berfirman : ﴿ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴾ Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35] Allah berfirman : وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ﴾ ﴿ Maksudnya : ” Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ” [Al-Baqarah : 184] 2. Puasa mengawal syahawat : Nabi bersabda : [ يا معشر الشباب !من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء ] Maksudnya : ” Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) ” [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400] 3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka : Nabi bersabda : [ ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا ] Maksudnya : ” Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun ” [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153] Nabi bersabda : [ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ] Maksudnya : ” Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka ” [HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970] 4. Puasa menjanjikan syurga : Dari Abi Umamah, beliau berkata : يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: [ عليك بالصوم ، لا مثل له ] Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi bersabda : ” Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya ” [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097] B. KELEBIHAN BULAN RAMADHAN Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya : 1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran : Allah berfirman : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿ Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185] 2. Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr : Allah berfirman : إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴾ ﴿ Maksudnya : ” Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan ” [Al-Qadr : 1-3] 3. Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka Nabi bersabda : [ إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين ] Maksudnya : ” Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079] C. KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN 1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa : Nabi bersabda : [ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ] Maksudnya : ” Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu ” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175] 2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga : Nabi bersabda : [ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ] Maksudnya : ” Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga “ [HR Al-Bukhari : 2637]
|